Penerangan
Program I-VIP merupakan inisiatif baharu Pernas yang menyasarkan golongan veteran atau pesara bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam perniagaan francais. Melalui program ini, peserta I-VIP akan berpeluang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan, latihan, khidmat, nasihat dan juga konsultasi.
Sasaran & Tujuan Pembiayaan
Sasaran:
- Veteran badan beruniform Malaysia.
- Pesara kerajaan.
- Pesara korporat atau swasta.
- Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
- Skim Pemisahan Bersama (MSS).
Tujuan Pembiayaan:
- Untuk perniagaan permulaan atau yang sedia ada.
- Pembelian peralatan, mesin, atau pengubahsuaian.
- Modal kerja.
Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan
Pemohon:
- Bumiputera.
- Pesara atau veteran badan beruniform.
- Umur antara 41 - 65 tahun.
- Pemilik perniagaan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap.
- Mengikuti latihan di Franchise Institute (FI).
Syarikat:
- Sendirian Berhad, Perkongsian atau Pemilikan Tunggal.
- Pesara atau veteran mesti memegang sekurang-kurangnya 51% pegangan dalam syarikat.
- Syarikat bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap.
Perniagaan:
- Perniagaan yang mematuhi syariah.
- Jenama mesti didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) (berkenaan untuk BIT / Xcelerator / Franchise).
Struktur Pembiayaan
Saiz Pembiayaan
RM20,000 Sehingga RM500,000
Margin Pembiayaan
Sehingga 70%*
*Tertakluk terma & syarat
Kadar Pembiayaan
Caj pada kadar 4.0% baki berkurangan