Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) melalui kerjasama strategik dengan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyediakan peluang perniagaan berasaskan francais, pra-francais atau pelesenan kepada golongan belia dan wanita menerusi inisiatif Be Your Own Boss (BYOB).
Program ini menyediakan akses kepada peluang perniagaan francais, pra-francais atau pelesenan yang disasarkan khusus kepada belia dan wanita, bagi menyokong perjalanan mereka ke arah pemilikan perniagaan yang mampan.
Objektif
Program ini merupakan inisiatif pembangunan khusus yang membangunkan belia dan wanita sebagai pemilik perniagaan francais melalui penyediaan pembiayaan, program latihan berstruktur serta bimbingan dan pemantauan selama enam (6) bulan selepas perniagaan dimulakan
Projek BYOB Menawarkan
Program keusahawanan yang holistik dan berdaya saing untuk peserta Bumiputera, merangkumi:
- Pendedahan kepada peluang perniagaan
- Bantuan pembiayaan
- Program latihan berstruktur
- Bimbingan pasca pelancaran dan pemantauan prestasi
Peluang penyertaan ditawarkan melalui program berikut:
- Young Entrepreneurship Engagement Talent (YOUNITY)
- Terbuka kepada individu Bumiputera berumur 21 hingga 40 tahun.
- Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET)
- Terbuka kepada wanita Bumiputera berumur 21 hingga 60 tahun.
Proses Program
1. Menghadiri Program Outreach BYOB
2. Pendaftaran dan bersetuju dengan terma dan syarat
3. Menerima surat tawaran daripada francaisor / pra-francaisor / lisensor
4. Permohonan pembiayaan
5. Lengkapkan program latihan 2 hari
6. Mulakan perniagaan anda
7. Pemantauan & bimbingan selama 6 bulan
YOUNITY
Buat para belia yang ingin menceburi bidang perniagaan francais, YOUNITY menawarkan bantuan kewangan dan kursus berstruktur serta khidmat pantauan perniagaan.
SWEET
Usahawan wanita adalah keutamaan SWEET. Terokai program pembiayaan untuk pra-francais dan juga lisensor agar perniagaan anda terus mekar.