Penerangan
Membimbing dan membangunkan perniagaan yang berpotensi untuk didaftarkan sebagai perniagaan francais
Pelaksanaan Program
Khidmat Nasihat, Bimbingan, & Pembangunan
- Mengenal pasti model perniagaan untuk difrancaiskan.
- Pakej perniagaan francais yang ditawarkan.
- Unjuran kewangan francaisi dan analisa belanjawan model.
- Dokumentasi francais seperti Manual Operasi, Manual Latihan & Perjanjian Francais.
Pendaftaran Francais
- Membimbing untuk pendaftaran francais melalui sistem MyFex 2.0.
Syarat Kelayakan
- Syarikat Sdn. Bhd. berdaftar bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
- Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan memiliki akaun beraudit terkini.
- Mempunyai cap dagangan yang telah berdaftar dengan pihak MyIpo berstatus ®
- Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) outlet prototaip yang sedang beroperasi melebihi enam (6) bulan.
- Syarikat dan setiap pemilik syarikat bebas daripada kebankrapan dan tindakan undang-undang.
Permohonan
Ingin membangunkan perniagaan anda ke arah francais? Hantarkan permohonan anda pada kami hari ini.
Program ini menawarkan khidmat bimbingan komprehensif untuk membantu anda menyediakan pakej francais yang lengkap dan bersedia untuk pasaran.