Projek Be Your Own Boss (BYOB) Program Successful Women Entrepreneurship Engagement Talent (SWEET)

Ceburi Perniagaan Francais Dengan SWEET


Penerangan

SWEET adalah program khas untuk golongan wanita bumiputera yang ingin menceburi bidang keusahawanan francais, pra–francais atau perlesenan. Peserta program SWEET akan berpeluang mengikuti padanan perniagaan, mendapatkan bantuan pembiayaan, menyertai latihan yang berstruktur dan mendapat bimbingan selama enam (6) bulan sebaik sahaja memulakan perniagaan.


Kriteria Kelayakan

Francaisi / Pra-Francaisi / Lisensi

  • Peserta berumur di antara 21-60 tahun;
  • Milikan saham 60% majoriti oleh wanita bumiputera di dalam syarikat.
  • Usahawan adalah pemilik / pengusaha;
  • Mendapat tawaran hak francais daripada francaisor / francaisi induk yang telah berdaftar dengan Pendaftar Francais (ROF);
  • Syarikat dimiliki 100% oleh bumiputera;
  • Permohonan pembiayaan melalui Syarikat Sdn.Bhd. adalah sehingga RM500,000. Manakala, permohonan pembiayaan oleh Pemilikan Tunggal, Perkongsian, Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP) terhad sehingga RM250,000 sahaja;
  • Perniagaan mestilah patuh syariah; dan
  • Usahawan mesti mempunyai rekod kredit yang baik dan memenuhi kriteria penilaian Pernas.
  • Usahawan mesti mempunyai mesti mempunyai sekurang-kurangnya enam (6) bulan pengalaman dalam perniagaan (perniagaan dalam talian/luar talian)

Struktur Pembiayaan

Mod Pembiayaan

Pembiayaan Konsep Islam (Konsep Tawarruq)

Saiz Pembiayaan

Sehingga RM500,000

Margin Pembiayaan

Sehingga 80% dari jumlah kos projek

Kadar Keuntungan

Sehingga 9% setahun pada kadar baki berkurang

Tempoh Pembiayaan

Tempoh pembiayaan sehingga 5 hingga 7 tahun (mengikut tempoh perjanjian francais/pra-francais/perlesenan


Proses Program SWEET

1. Menghadiri Program Outreach BYOB

2. Pendaftaran dan bersetuju dengan terma & syarat https://pernas.my/byob/

3. Menerima surat tawaran daripada francaisor / pra-francaisor/lisensor

4. Permohonan pembiayaan

5. Lengkapkan program latihan 2 hari

6. Mulakan perniagaan anda

7. Pemantauan & bimbingan selama 6 bulan