Inisiatif Keusahawanan Veteran & Pembiayaan

Peluang Perniagaan Francais Kepada Golongan Veteran & Pesara


Penerangan

Pesara dan veteran bumiputera akan menerima bimbingan melalui program pembangunan francais yang merangkumi latihan, nasihat, dan perkhidmatan konsultasi yang direka khas untuk memperkasa pengetahuan mereka dalam bidang perniagaan francais.


Sasaran

Sasaran:

  • Veteran badan beruniform Malaysia.
  • Pesara kerajaan.
  • Pesara korporat atau swasta.
  • Skim Pemisahan Sukarela (VSS).
  • Skim Pemisahan Bersama (MSS).

Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

Pemohon:

  • Bumiputera.
  • Pesara atau veteran badan beruniform.
  • Umur antara 41 - 65 tahun.
  • Pemilik perniagaan bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan tidak diisytiharkan bankrap.

Perniagaan:

  • Perniagaan mesti telah beroperasi sekurang-kurangnya selama satu tahun.*
  • Perniagaan yang mematuhi syariah.*
  • Jenama mesti didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).*

*Nota: Kriteria ini hanya terpakai kepada peserta yang ingin menyertai Program Pembangunan Francais Pernas.


Bagaimana Cara Memulakan

Lengkapkan program latihan 2 hari

Konsultasi & khidmat nasihat (3-6 bulan)

Permohonan pembiayaan

Bimbingan selama 1 bulan

Penyaluran pembiayaan

Mulakan perniagaan anda