Program Jejak Cemerlang : Komitmen Pernas Terhadap Pendidikan

20 November 2024 • Sekolah Menengah Lembah Pantai

BANGSAR SOUTH, 20 November 2024 — Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) terus komited dalam melaksanakan penganjuran Program Jejak Cemerlang bersama pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2024. Penganjuran program pada tahun ini yang melibatkan seramai 150 orang pelajar Tingkatan 5 sekolah tersebut diadakan selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 November 2024 di Menara Pernas.

Program ini dirasmikan secara simbolik melalui ucapan yang disampaikan oleh Encik Zaidi Bujang, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat Pernas. Beliau menegaskan komitmen Pernas bukan sahaja fokus kepada pembangunan usahawan, malah pembangunan pendidikan dan kebajikan juga dititikberatkan. Program CSR Jejak Cemerlang SPM merupakan satu inisiatif tradisi dari Pernas bersama SMK Seri Pantai sejak tahun 2015.

Matlamat utama program ini adalah untuk membantu pelajar menguasai teknik menjawab soalan peperiksaan SPM dengan bimbingan guru-guru pakar dari kawasan Lembah Klang yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik. Selain itu, sesi perkongsian pengalaman daripada selebriti jemputan, Putra Amaris, juga diadakan melalui sesi “Saya Pantang Mengalah (SPM)”. Sesi ini bertujuan untuk membina keyakinan diri dan kesedaran tentang kepentingan pendidikan dalam membentuk masa depan yang lebih cerah.

Encik Zaidi Bujang menyatakan, “Tahun lalu, melalui penganjuran program ini, sebanyak 86.5% pelajar lulus setiap mata pelajaran dan peningkatan 2% untuk calon cemerlang yang memperoleh gred A”.

Tambahan beliau, selain Jejak Cemerlang SPM, Pernas juga melaksanakan pelbagai lagi program CSR bersama guru-guru dan para pelajar SMK Seri Pantai seperti program Back To School, Pemberian Cermin Mata dan Kelab Usahawan Francais (KUF). Pernas berharap Program Jejak Cemerlang ini bukan sahaja dapat terus memberi manfaat kepada para calon SPM, malah menjadi contoh kepada agensi dan syarikat lain untuk melaksanakan usaha yang menyokong pembangunan pendidikan negara.

  Muat Turun PDF
Program Jejak Cemerlang Program Jejak Cemerlang Program Jejak Cemerlang Program Jejak Cemerlang Program Jejak Cemerlang

Bizfrancais 2025 Perkukuh Perniagaan Francais Di Negeri Kenyalang

• Kuching

Program BizFrancais Sarawak 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melabuhkan tirainya hari ini dengan penyertaan lebih 30 pempamer termasuk

Pernas Buka Tirai Siri Jelajah Bizfrancais 2025 Di Kelantan

• Kota Bharu

Program BizFrancais Kelantan 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) membuka tirai siri jelajah tahun ini dengan penganjuran yang lebih

Pernas Umum Datuk Rozhan Ghazalli Sebagai Pengerusi Baharu

• Kuala Lumpur

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Rozhan bin Mohd Ghazalli sebagai Pengerusi Bebas Bukan