Pernas Perkasa Ibu Tunggal B40 Melalui Kerjasama CSR Bersama Universiti Sains Malaysia

26 Julai 2026 • Pulau Pinang

PULAU PINANG, 26 Julai 2026 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) hari ini menjalin kerjasama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui perusahaan sosial EmpowerMom Creation yang diterajui oleh para pelajar universiti tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 2024 dengan pembiayaan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), EmpowerMom Creation ialah sebuah perusahaan sosial yang diwujudkan bagi memperkasa ibu tunggal golongan B40 di Pulau Pinang melalui program keusahawanan dan pembangunan kemahiran.

Melalui inisiatif ini, EmpowerMom Creation telah menyediakan pelbagai latihan kemahiran kepada komuniti ibu tunggal, termasuk kelas menjahit, mengait, pembuatan lilin aromaterapi, pembuatan sabun dan beg serta pelbagai produk kraftangan lain. Sehingga kini, lebih 100 produk telah berjaya dihasilkan oleh para peserta di bawah program tersebut sebagai sumber pendapatan tambahan.

Menyedari impak positif inisiatif ini kepada komuniti, Pernas menyambut baik cadangan kerjasama daripada USM dan EmpowerMom Creation dengan menyalurkan sumbangan mesin jahit bagi memperkukuh aktiviti latihan dan pengeluaran produk. Kemudahan tersebut akan dimanfaatkan oleh komuniti ibu tunggal untuk menerima tempahan pakaian, menghasilkan produk jahitan serta mengembangkan perusahaan kecil mereka secara lebih mampan.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen Pernas dalam memperkasakan komuniti melalui pembangunan keusahawanan yang inklusif, di samping menyokong usaha meningkatkan pendapatan golongan rentan menerusi peluang ekonomi yang berdaya saing.

Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memperkukuh pembangunan ekonomi rakyat melalui pemerkasaan usahawan serta penciptaan peluang menjana pendapatan yang mampan.

Pernas akan terus memperluaskan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi, organisasi bukan kerajaan (NGO), perusahaan sosial serta pelbagai pihak berkepentingan dalam melaksanakan program-program yang memberi impak positif kepada masyarakat. Usaha ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Pernas untuk memperkasa usahawan tempatan, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih inklusif dan lestari.

-TAMAT-

Untuk maklumat lanjut mengenai program ini atau inisiatif lain Pernas, sila hubungi:

Nurshuhadah Hamid
Ketua Jabatan Komunikasi Strategik
Perbadanan Nasional Berhad (Pernas)
Emel : shuhadah.hamid@pernas.my

No. Telefon : +603-3001 7824 


PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Kementerian Kewangan) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia dan membantu mengembangkan komuniti keusahawanan negara.

Pernas komited untuk memperkasakan pertumbuhan keusahawanan dan industri francais di Malaysia. Dari bimbingan hingga menghubungkan jalinan rangkaian, pembiayaan dan latihan, kami menyasarkan untuk mengembangkan pengetahuan, mengukuhkan komuniti francais dan memupuk bakat francais generasi akan datang. Dengan cara ini, kami percaya ia dapat memacu perubahan positif merentasi landskap keusahawanan Malaysia.

Laman web : www.pernas.my

Facebook    : pernasofficial
Twitter         : pernasofficial
Instagram : pernasofficial

  Muat Turun PDF

Pernas Perkasa Ibu Tunggal B40 Melalui Kerjasama CSR Bersama Universiti Sains Malaysia

Pulau Pinang

PULAU PINANG, 26 Julai 2026 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) hari ini menjalin
kerjasama bersama Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi

Pernas Perluas Program Jejak Cemerlang 2025 ke Sekolah Luar Bandar

Lanchang, Pahang

LANCHANG, 30 Oktober 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) meneruskan komitmen dalam memperkasakan pelajar sekolah menengah melalui Program CSR

Program SOORIAN : Inisiatif Pernas Bantu Usahawan India

Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 8 Oktober 2025 – Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) hari ini meluncurkan Program SOORIAN, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat