Pernas Buka Tirai Siri Jelajah Bizfrancais 2025 Di Kelantan

21 Jun 2025 • Kota Bharu

KOTA BHARU, 21 JUN 2025 - Program BizFrancais Kelantan 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) membuka tirai siri jelajah tahun ini dengan penganjuran yang lebih bermakna melalui kerjasama strategik bersama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan U Mobile Sdn Bhd. Penganjuran kali ini bukan sahaja menjadi medan kepada usahawan untuk meneroka peluang dalam bidang francais, malah memperkukuh jaringan kolaborasi antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan sektor swasta.

Program yang berlangsung di Mydin Hypermarket Tunjong ini menampilkan pelbagai pengisian menarik yang disusun bagi memberi manfaat kepada para peserta dan pengunjung. Antaranya termasuk forum keusahawanan francais yang mengetengahkan pengalaman francaisor, francaisi dan pemain industri, selain forum khas bersama agensi seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan PERKESO yang memberi pendedahan tentang keperluan asas dalam memulakan perniagaan.

Program turut dimeriahkan dengan demonstrasi perniagaan secara langsung oleh jenama seperti Smart Reader, Pink Mop, Ar-Rahn dan Lecshine, sesi cabutan bertuah, serta pameran oleh hampir 30 pempamer merangkumi agensi, syarikat francaisor, pra-francaisor dan peserta program Xcelerator dan Business In Transformation (BIT) kendalian Pernas.

Selain itu, program satelit BizFrancais turut dilaksanakan di Kelantan dengan kerjasama UMK, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan PERKESO. Program bertemakan “Transformasi Perniagaan ke arah Francais” ini disertai lebih 50 peserta terdiri daripada veteran tentera dan pelajar universiti, yang diberi pendedahan awal tentang potensi perniagaan francais serta peluang pembiayaan dan bimbingan di bawah Pernas.

Pernas memaklumkan bahawa Kelantan merupakan lokasi pembukaan bagi siri jelajah BizFrancais 2025, yang bakal diteruskan di Sarawak, Sabah dan Johor. Sehingga kini, lebih RM3.4 juta telah disalurkan kepada usahawan francais di Kelantan, termasuk peserta program BIT dan francaisi sedia ada.

Pengerusi Pernas, Datuk Mohamed Rozhan Mohd Ghazalli berkata, kerjasama dengan UMK dan U Mobile membuktikan sinergi antara institusi pendidikan dan sektor swasta mampu menyokong aspirasi keusahawanan negara. Beliau turut menzahirkan harapan agar penganjuran di Kelantan ini dapat membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk mengembangkan potensi perniagaan mereka ke arah model francais yang lebih kompetitif dan mampan.

Pernas akan terus komited untuk membimbing dan memperkasakan usahawan francais di seluruh negara, sejajar dengan mandat untuk memajukan industri francais Malaysia di peringkat nasional dan antarabangsa.


Untuk maklumat lanjut mengenai program ini atau inisiatif lain Pernas, sila hubungi:
Nurshuhadah Hamid
Pemangku Ketua, Jabatan Komunikasi Strategik
Emel: shuhadah.hamid@pernas.my
No. Telefon : +603-2082 7788 samb. 7948

PERBADANAN NASIONAL BERHAD (PERNAS)
Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) adalah sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (Kementerian Kewangan) dengan mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia dan membantu mengembangkan komuniti keusahawanan negara.

Pernas komited untuk memperkasakan pertumbuhan keusahawanan dan industri francais di Malaysia. Dari bimbingan hingga menghubungkan jalinan rangkaian, pembiayaan dan latihan, kami menyasarkan untuk mengembangkan pengetahuan, mengukuhkan komuniti francais dan memupuk bakat francais generasi akan datang. Dengan cara ini, kami percaya ia dapat memacu perubahan positif merentasi landskap keusahawanan Malaysia.

Laman web : www.pernas.my
Facebook : pernasofficial
Twitter : pernasofficial
Instagram : pernasofficial

  Muat Turun PDF

Bizfrancais 2025 Perkukuh Perniagaan Francais Di Negeri Kenyalang

• Kuching

Program BizFrancais Sarawak 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) melabuhkan tirainya hari ini dengan penyertaan lebih 30 pempamer termasuk

Pernas Buka Tirai Siri Jelajah Bizfrancais 2025 Di Kelantan

• Kota Bharu

Program BizFrancais Kelantan 2025 anjuran Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) membuka tirai siri jelajah tahun ini dengan penganjuran yang lebih

Pernas Umum Datuk Rozhan Ghazalli Sebagai Pengerusi Baharu

• Kuala Lumpur

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Rozhan bin Mohd Ghazalli sebagai Pengerusi Bebas Bukan