Persijilan Halal Beri Nilai Tambah Kepada Perusahaan PMKS – Ewon

14 July 2025 • Sandakan • Sabah News

SANDAKAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick menggesa usahawan-usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mendapatkan persijilan halal ke atas produk dan perkhidmatan masing-masing.

Beliau berkata, persijilan halal boleh memberi nilai tambah kepada perusahaan PMKS terutama bagi menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

“Usahawan-usahawan yang memiliki sijil halal ke atas produk atau perkhidmatan mereka mempunyai kelebihan dalam pasaran. Ini termasuk pasaran antarabangsa kerana sijil halal yang dikeluarkan di Malaysia diiktiraf oleh pasaran antarabangsa.

“Malah, KUSKOP bersama-sama dengan agensi-agensi seperti PERNAS, SME Corp dan SME Bank juga membawa usahawan-usahawan tempatan ke ekspo antarabangsa dengan kelebihan kepada mereka yang memiliki persijilan halal,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Halal Success Program anjuran KUSKOP dan PERNAS, di Kolej Komuniti Sandakan, di sini, semalam.

Ewon turut menyatakan bahawa KUSKOP juga menyediakan geran pembangunan usahawan industri halal.

“Halal Success Program yang dilaksanakan di seluruh negara bertujuan memperkasa kesedaran persijilan halal serta pembangunan produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan yang disijil-halalkan.

“Saya berharap usahawan-usahawan Sabah tidak ketinggalan daripada mendapat manfaat melalui program ini,” katanya.

Persijilan Halal Beri Nilai Tambah Kepada Perusahaan PMKS – Ewon.png

Over RM770 Million Allocated to Boost Entrepreneurs and Cooperatives in Sabah

• Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: A total of 40,797 micro, small, and medium enterprise (PMKS) entrepreneurs and

Dewan Rakyat: KUSKOP perkasa usahawan koperasi Sabah, Sarawak

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasa

Kuskop salur RM7.96 bilion, 282,000 usahawan dan koperasi

• Temerloh

TEMERLOH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) terus memperkukuh ekosistem