KUSKOP salur RM3.59 billion kepada 204,429 usahawan PMKS dan koperasi setakat Jun 2025

13 August 2025 • Kuala Lumpur • Nabalu News

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan berjumlah RM3.59 bilion kepada 204,429 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di seluruh negara setakat Jun 2025.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick, berkata dalam tempoh sama sebanyak 28,687 usahawan dan koperasi baharu dilahirkan, manakala 540 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana berjaya menembusi pasaran antarabangsa.

“Pencapaian ini membuktikan usaha berterusan KUSKOP dalam membangunkan kapasiti dan keupayaan, meningkatkan akses pembiayaan, memperluas pasaran, mengadaptasi teknologi serta menyediakan infrastruktur perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perhimpunan Bersama Warga KUSKOP dan Agensi 2025 di Menara Kembar Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Ewon berkata, pada 2024, PMKS merekodkan pertumbuhan 5.8 peratus dengan sumbangan RM652.4 bilion kepada ekonomi negara.

“Eksport PMKS pula melonjak 31.3 peratus, menyumbang 14.3 peratus daripada jumlah eksport negara. Dari segi guna tenaga, PMKS menggaji 8.1 juta pekerja, meningkat 3.1 peratus atau hampir 250,000 pekerja, bersamaan 48.7 peratus daripada keseluruhan pasaran pekerjaan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua warga KUSKOP dan agensi atas kejayaan penganjuran pelbagai program berimpak tinggi, termasuk Program Madani Rakyat (PMR) di Tawau, Mesyuarat ASEAN Coordinating Committee for Micro, Small and Medium Enterprises (ACCMSME) Ke-19 di Langkawi, PERNAS International Franchise Festival 2025 (PIFF), Hari Koperasi Negara 2025 dan ASEAN Franchise Convention (AFC).
Beliau berkata, pelbagai inisiatif pembiayaan khas untuk komuniti usahawan India turut diteruskan pada 2025, termasuk Skim Pembiayaan Pemerkasaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) Goes Big oleh TEKUN Nasional, Skim PENN di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia, Skim BRIEF-i oleh Bank Rakyat dan inisiatif baharu Vanigham Financing for Indian Entrepreneurs oleh SME Bank.

Menjelang suku akhir 2025, Ewon mengingatkan warga KUSKOP dan agensi agar terus fokus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memperkukuh intervensi bersasar.

Katanya, ini penting bagi mempercepat pertumbuhan PMKS serta koperasi, selaras dengan sasaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

“Rancangan Malaysia Ke-13 dengan tema Melakar Semula Pembangunan memberi tumpuan kepada penskalaan PMKS dan pemerkasaan sektor ketiga.

“Saya mahu semua warga kementerian dan agensi memberi komitmen tinggi untuk memastikan manfaat pelaksanaan ini dirasai semua pemegang taruh KUSKOP,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan; Ketua Setiausaha KUSKOP, Dato’ Sri Khairul Dzaimee Daud; Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan), Datuk Saidatu Akhma Hassan; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pemantauan), Haji Rahman Mohd Din serta ketua-ketua agensi di bawah KUSKOP.
 

USKOP salur RM3.59 billion kepada 204,429 usahawan PMKS dan koperasi setakat Jun 2025

Pernas Pacu Pertumbuhan Inklusif Industri Francais Di FIM2026

Kuala Lumpur Convention Centre

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan ekosistem

Malaysia Catat Jualan Hampir RM100 Juta Di Franchise And License Expo Indonesia 2026

Jakarta, Indonesia

Malaysia mencatatkan kejayaan cemerlang apabila jualan berpotensi hampir RM100 juta direkodkan di

Pernas Bekerjasama dengan Glocal Travel Bangunkan Francais Pelancongan Islam Lebih Telus

Menara Pernas

Kerjasama antara Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd dilihat