Lisensor

Sokongan eksklusif untuk syarikat tempatan yang berdaya saing, memiliki jenama berdaftar, dengan konsep perniagaan yang jelas dan terstruktur, serta sudah bersedia untuk memperluas perniagaan perlesenan mereka secara mampan.


Objektif

Memberi sokongan kewangan kepada Licensor untuk mengembangkan perniagaan mereka di Malaysia.


Kriteria Kelayakan Permohonan Pembiayaan

  • Perniagaan mestilah berstatus syarikat sendirian berhad (Sdn. Bhd.);
  • Syarikat mesti mempunyai konsep dan pakej perniagaan yang jelas;
  • Syarikat mesti memiliki cap dagangan yang berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan pendaftarannya masih sah. Syarikat juga mesti mempunyai rancangan yang jelas untuk membangunkan jenama tersebut menjadi perniagaan francais berdaftar, sama ada melalui Program Pembangunan Francais (FDP) Pernas atau melalui perunding francais yang dilantik;
  • Syarikat mesti dimiliki atau dikawal oleh rakyat Malaysia;
  • Syarikat mestilah telah beroperasi sekurang-kurangnya dua (2) tahun, yang disokong oleh penyata kewangan yang telah diaudit bagi tempoh dua (2) tahun tersebut;
  • Syarikat mesti mempunyai rekod operasi yang menguntungkan, serta mempunyai dana pemegang saham yang positif berpandukan penyata kewangan teraudit terkini; dan
  • Perniagaan mestilah patuh Shariah.

Struktur Pembiayaan

Mod Pembiayaan

Skim Pembiayaan Islam
(Konsep Tawarruq)

Margin Pembiayaan

Tertakluk kepada nisbah gandingan tidak melebihi 4 kali

Saiz Pembiayaan

RM50,000 sehingga RM2 Juta. Tertakluk nisbah gearan tidak melebihi 4 kali


Terma Pembiayaan

Kadar Keuntungan

BFR + sehingga 5% (dikira berdasarkan baki berkurangan)

Cagaran Tunai

Cagaran tunai minimum 10% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 10 tahun


Mohon Sekarang

Permohonan boleh dibuat dengan klik pautan di bawah:

iFrancais