PPZ-MAIWP perkukuh kesedaran bayar zakat melalui Kempen Jom Potong

23 Julai 2025 • Kuala Lumpur • myMetro On-line

Kuala Lumpur: Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB) yang diperkenalkan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) terus diperkasa menerusi Kempen Jom Potong 2025 dengan pendekatan lebih segar dan kolaboratif.

Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pemilihan jenama Gloria Jean's Coffees Malaysia sebagai rakan rasmi kempen bukan sekadar kerana ia dikenali ramai tetapi nilai yang dibawa selari dengan pendekatan strategik PPZ-MAIWP.

"Nilai seperti keselesaan, komuniti dan gaya hidup berkualiti yang dibawa Gloria Jean's amat selari dengan usaha kami menyampaikan mesej zakat secara lebih inklusif dan dekat di hati masyarakat.

"Kerjasama ini bertujuan menjadikan mesej zakat tidak lagi dilihat sebagai sesuatu yang jauh dan berat, sebaliknya sebagai sebahagian daripada gaya hidup moden yang mudah didekati dan diraikan," katanya ketika Pelancaran Kempen Jom Potong 2025, di sini, hari ini.

Menurutnya, Gloria Jean's juga merupakan salah satu pembayar zakat PPZ-MAIWP di bawah naungan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).
"Kerjasama ini bukan sekadar simbolik tetapi juga signifikan dari segi tanggungjawab institusi," katanya.

Amrin berkata, kerjasama strategik ini membuktikan bahawa dakwah zakat yang mengangkat nilai spiritual dan sosial Islam mampu bergerak seiring dengan kehidupan kontemporari masyarakat bandar.

Katanya, pihaknya amat menghargai keterbukaan Gloria Jean's untuk menjadi rakan kolaborasi rasmi kempen tahun ini yang akan berlangsung selama enam bulan bermula Julai hingga Disember ini.

"Sepanjang tempoh kempen, pelbagai program dirancang termasuk promosi bersama, hadiah istimewa buat muzakki, sesi taklimat di syarikat terpilih serta aktiviti interaktif di beberapa lokasi Gloria Jean's.

"Ini semua adalah sebahagian daripada strategi untuk mendekati masyarakat di mana mereka berada dan bukan hanya menunggu mereka datang," katanya.

Mengulas lanjut, Amrin berkata, Kempen Jom Potong adalah inisiatif tahunan PPZ-MAIWP bagi mempromosikan Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) yang membolehkan pembayaran zakat pendapatan dibuat secara automatik melalui potongan gaji.

"Tahun ini merupakan tahun keempat kempen ini dilaksanakan, namun pendekatannya sedikit berbeza dan lebih segar daripada sebelumnya," katanya.

Menurutnya, kempen kini bukan sahaja kepada promosi dan kesedaran tetapi turut diperluas kepada aspek keterlibatan, pengalaman dan nilai khususnya dalam kalangan generasi muda.

"Kempen ini juga akan diperluaskan ke platform digital dengan penglibatan pempengaruh dan pencipta kandungan agar zakat menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Muslim moden," katanya.

Dalam pada itu, Amrin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus bersama PPZ-MAIWP dalam menjayakan misi besar ini serta berharap kempen terbabit terus dekat di hati pembayar zakat.

PPZ-MAIWP perkukuh kesedaran bayar zakat melalui Kempen Jom Potong

Over RM770 Million Allocated to Boost Entrepreneurs and Cooperatives in Sabah

• Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: A total of 40,797 micro, small, and medium enterprise (PMKS) entrepreneurs and

Dewan Rakyat: KUSKOP perkasa usahawan koperasi Sabah, Sarawak

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasa

Kuskop salur RM7.96 bilion, 282,000 usahawan dan koperasi

• Temerloh

TEMERLOH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) terus memperkukuh ekosistem