Pernas Lantik Nor Azam Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

14 Mei 2025 • Kuala Lumpur • Bernama

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) - Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.

Pernas dalam satu kenyataan berkata pelantikan Nor Azam menandakan permulaan lembaran baharu bagi Pernas, pengalaman luas serta kepakaran beliau diyakini mampu memperkukuh kedudukan syarikat dan melonjakkan pencapaiannya ke tahap lebih tinggi.

"Nor Azam mempunyai pengalaman lebih 26 tahun di sektor perbankan dan kewangan.

"Beliau pernah berkhidmat di Malaysia Building Society Berhad (MBSB), semasa di sana, beliau telah memegang beberapa jawatan penting termasuk Ketua Pegawai Perniagaan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif sehingga Jun 2024,” kata kenyataan itu.

Selain itu, Nor Azam pernah berkhidmat di beberapa institusi kewangan terkemuka termasuk Citibank, OCBC Bank, Arab Malaysia Bank dan Hong Leong Bank.

-BERNAMA

Pernas Lantik Nor Azam Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Baharu

Over RM770 Million Allocated to Boost Entrepreneurs and Cooperatives in Sabah

• Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: A total of 40,797 micro, small, and medium enterprise (PMKS) entrepreneurs and

Dewan Rakyat: KUSKOP perkasa usahawan koperasi Sabah, Sarawak

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasa

Kuskop salur RM7.96 bilion, 282,000 usahawan dan koperasi

• Temerloh

TEMERLOH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) terus memperkukuh ekosistem