Agensi KUSKOP salur bantuan RM200,000 kepada mangsa bencana di Sabah

19 September 2025 • Penampang • The Sun

PENAMPANG: Tujuh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kira-kira RM200,000 kepada mangsa banjir dan tanah runtuh di Sabah.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata sebanyak 1,907 penerima akan menerima sumbangan bermula hari ini secara berperingkat sehingga kesemua mereka menerima bantuan berkenaan.

“Sumbangan adalah berbentuk bakul makanan, ubat-ubatan serta keperluan harian lain termasuk lampin pakai buang kepada mangsa bencana di Penampang, Kadamaian dan Papar yang mula disampaikan hari ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ewon berkata sumbangan itu melibatkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional, Bank Rakyat, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), SME Bank dan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS).

Beliau berkata TEKUN Nasional turut menyalurkan bantuan kepada 500 keluarga di Penampang dan Papar serta kepada usahawan-usahawan yang terkesan dengan bencana melibatkan dana RM50,000.

Menurut Ewon, SKM juga menyumbang 400 bakul makanan di Penampang dan 160 bakul makanan di Kadamaian bernilai RM56,000, Bank Rakyat menyediakan 400 bakul makanan bernilai RM40,000 yang diagihkan di Penampang.

INSKEN pula menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada 127 keluarga mangsa banjir di Penampang, IKMa menyampaikan 170 bakul makanan bernilai RM17,000 di Penampang dan Kadamaian sementara PERNAS menyalurkan 100 bakul makanan bernilai RM10,000 kepada mangsa yang terjejas – Bernama

Agensi KUSKOP salur bantuan RM200,000 kepada mangsa bencana di Sabah

Over RM770 Million Allocated to Boost Entrepreneurs and Cooperatives in Sabah

• Kota Kinabalu

Kota Kinabalu: A total of 40,797 micro, small, and medium enterprise (PMKS) entrepreneurs and

Dewan Rakyat: KUSKOP perkasa usahawan koperasi Sabah, Sarawak

• Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasa

Kuskop salur RM7.96 bilion, 282,000 usahawan dan koperasi

• Temerloh

TEMERLOH – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) terus memperkukuh ekosistem