Dewan Rakyat: KUSKOP perkasa usahawan koperasi Sabah, Sarawak

3 November 2025 • Kuala Lumpur • TVS

KUALA LUMPUR, 3 Nov: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) terus komited memperkasa ekosistem keusahawanan serta gerakan koperasi di Sabah menerusi pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif bersasar.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata kementerian telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang memberi tumpuan tambahan kepada Sabah dan Sarawak tanpa menjejaskan pelaksanaan program sedia ada di seluruh negara.

“Melalui dasar ini, Sabah dan Sarawak diberikan perhatian khusus agar pembangunan keusahawanan di sana dapat dipertingkatkan secara lebih seimbang dan inklusif,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ewon berkata demikian ketika menjawab soalan Jonathan Yasin (Gabungan Rakyat Sabah – Ranau) yang ingin tahu langkah-langkah yang telah dan sedang diambil oleh kementerian bagi membangunkan lebih ramai usahawan berjaya di Sabah serta membantu koperasi mencapai kemajuan lebih tinggi.

Tambah Ewon, antara langkah utama yang dilaksanakan termasuk penyediaan skim pembiayaan dan program khas seperti Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dan Usahawan Kraf di bawah TEKUN Nasional, serta Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) Plus oleh SME Corp.

Selain itu, beliau memaklumkan KUSKOP melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) turut menganjurkan Sesi Konsultasi BizClinic Zon Borneo bagi memberi bimbingan dan nasihat kepada usahawan tempatan.

“Kementerian juga melaksanakan Projek Pembangunan Premis Tamu Desa untuk menyediakan fasiliti perniagaan yang lebih teratur dan selesa kepada peniaga serta pengunjung, sekali gus membantu meningkatkan hasil jualan mereka,” jelasnya.

Dalam usaha memperluas akses perkhidmatan kepada usahawan, Ewon berkata KUSKOP turut membuka cawangan baharu agensi-agensi di bawahnya termasuk INSKEN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), TEKUN Nasional, Pernas dan Bank Rakyat di negeri itu.

Ewon berkata, penubuhan Hab PMKS Negeri Sabah di bawah SME Corp turut berperanan sebagai pusat sehenti bagi memudahkan usahawan mendapatkan maklumat berkaitan keusahawanan dengan cepat dan tepat. – TVS.

Dewan Rakyat: KUSKOP perkasa usahawan koperasi Sabah, Sarawak

Pernas Pacu Pertumbuhan Inklusif Industri Francais Di FIM2026

Kuala Lumpur Convention Centre

PERBADANAN Nasional Berhad (Pernas) terus memperkukuh komitmennya dalam membangunkan ekosistem

Malaysia Catat Jualan Hampir RM100 Juta Di Franchise And License Expo Indonesia 2026

Jakarta, Indonesia

Malaysia mencatatkan kejayaan cemerlang apabila jualan berpotensi hampir RM100 juta direkodkan di

Pernas Bekerjasama dengan Glocal Travel Bangunkan Francais Pelancongan Islam Lebih Telus

Menara Pernas

Kerjasama antara Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Glocal Travel & Tours Sdn Bhd dilihat